KesihatanLuar Negara

Gejala varian Omicron lebih ringan – WHO

MENURUT Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa varian Omicron menyebabkan gejala yang lebih ringan.

Demikian disampaikan oleh Pengurus Insiden WHO, Abdi Mahamud kepada wartawan di Geneva, Switzerland, semalam.

Beliau berkata, varian Omicron menjejaskan saluran pernafasan bahagian atas, menyebabkan simptom lebih ringan berbanding varian sebelumnya.

“Kami mendapati lebih banyak kajian menunjukkan bahawa Omicron menjangkiti bahagian atas badan.

“Berbeza daripada varian lain, yang boleh menyebabkan radang paru-paru yang teruk.

“Ini mungkin berita baik, tetapi kami benar-benar memerlukan lebih banyak penyelidikan untuk membuktikannya,” katanya seperti dilaporkan Reuters.

Varian Omicron pertama kali dikesan pada November tahun lalu dan diumumkan oleh WHO.

Sejak itu, varian Omicron telah tersebar dengan pantas dan kini muncul sekurang-kurangnya 128 negara di dunia.

Omicron telah banyak meletakkan banyak negara dalam dilema lebih-lebih lagi banyak negara yang baru sahaja memulakan semula ekonomi selepas dua tahun hidup di dalam wabak Covid-19.

Namun begitu, kadar kemasukan ke hospital dan kematian akibat Omicron adalah lebih rendah walaupun bilangan kes melonjak naik berbanding fasa lain wabak itu.

Mahamud membuat keputusan itu berdasarkan data daripada pelbagai kajian termasuk kajian dari Afrika Selatan yang merupakan antara negara pertama di mana Omicron dikesan.

Bagaimanapun, Mahamud turut memberi amaran dengan menggelar Afrika Selatan sebagai ‘situasi berbeza’ kerana mempunyai populasi muda antara faktor lainnya.

Beliau juga memberi amaran bahawa penularan Omicron yang tinggi akan menjadikannya sebagai varian dominan dalam beberapa minggu akan datang.

Bilangan kes Omicron yang tinggi juga akan mengancam kemudahan kesihatan di banyak negara yang kebanyakan penduduknya belum diberi vaksin. – SM

(Visited 236 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button