Uncategorized

BlackBixon2Go lancar motosikal EV untuk perniagaan F&B

KUALA LUMPUR 13 Dis. – BlackBixon2Go Sdn Bhd, telah melancarkan motosikal kopi EV (kenderaan elektrik) BB2GO atau BB2GO EV Coffee Bike bagi kegunaan penjualan minuman kopi BlackBixon.

BlackBixon2Go merupakan anak syarikat Ni Hsin Group Bhd yang merupakan pengeluar produk besi keluli tahan karat tradisional.

Pengarah Urusan BlackBixon2Go, Khoo Chee Kong berkata, BB2GO EV Coffee Bike adalah sebuah bar yang beroperasi sendiri dan tidak memerlukan sambungan elektrik untuk menjana tenaga kepada mesin kopi.

Bateri-bateri dari Moto EV adalah secara teknikalnya dikonfigurasi bagi menghasilkan sehingga 400 cawan kopi dan boleh dicaj semula kemudiannya.

“Dengan BB2GO EV Coffee Bike anda boleh menjadi barista, seperti di sebuah kafe moden, menghidangkan kopi espresso atau cappuccino disediakan di depan mata pelanggan anda.” katanya selepas pelancaran BB2GO di sini hari ini.

Di majlis itu juga BlackBixon2Go turut memeterai MoU dengan Acasia Communications Sdn Bhd (“Acasia”) untuk mendigitalkan konsep perniagaan baharu menerusi sambungan dan perkhidmatan awan, menyokong app BB2GO.

Acasia, syarikat bersekutu Kumpulan Telekom Malaysia, yang merupakan kolaborasi antara tujuh syarikat peneraju telekomunikasi yang menawarkan suite menyeluruh perkhidmatan sambungan dan prasarana digital di rantau ASEAN.

Mengulas lanjut Chee Kong berkata, motor-motor elektrik ini dijana menerusi sistem bateri yang dikonfigurasi khas bagi menyalurkan tenaga kepada mesin pembuatan kopi dan merupakan perluasan konsep kafe@dimanajua Ni Hsin di bawah perniagaan makanan dan minumannya.

Motor-motor elektrik ini dilengkapi dengan GPS bagi memudahkan menjejak tempahan dan lokasi BB2GO EV Coffee Bike oleh penggemar kopi menerusi aplikasi BB2GO.

Beliau menambah, revolusi EV menerusi BB2GO EV Coffee Bike menggabungkan kesukaan rakyat Malaysia terhadap kopi dan keinginan untuk mengekalkan persekitaran hijau dan sihat.

“Konsep perniagaan ini adalah tepat dan sesuai bagi indutri makanan jalanan, dan sangat sesuai bagi katering, rumah terbuka dan majlis keraian.’’ katanya.

Beliau menambah , BlackBixon2Go merancang untuk mengembangkan konsep BB2GO EV Coffee Bike ke seluruh ASEAN dan juga merancang untuk mengilang dan memasang motosikal elektrik secara berkolaborasi dengan pengeluar EV terkemuka dari China untuk pasaran komersial dan konsumer di Malaysia dan ASEAN.

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button