MahkamahNasional

Pasukan pembelaan Najib mohon kemuka rayuan pada Isnin

SEJURUS selepas Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, pasukan pembelaannya memohon agar rayuan bagi hukuman yang ringan didengar pada Isnin ini.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan permohonan itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, kerana beliau akan memanggil seorang atau dua saksi untuk menyokong rayuan berkenaan.

“Ini bukan sesuatu yang baharu untuk menyokong faktor peringanan hukuman. Tidak akan ada prejudis terhadap pihak pendakwaan bagi mahkamah menangguhkan rayuan pada Isnin.

“Anak guam saya (Najib) tidak akan ke mana-mana kerana pergerakan negara ini masih disekat kerana pandemik COVID-19, ” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc Datuk V. Sithambaram membantah permohonan itu atas alasan rayuan itu perlu diteruskan memandangkan penghakiman telah diumumkan.

BACA > Kerusi Parlimen Pekan belum boleh diisytihar kosong — Suara Merdeka

“Yang Arif telah mendapati tertuduh bersalah, biasanya penangguhan selepas sabitan tetapi penangguhan di sini selepas keputusan.

“Dalam hal ini, jelas prejudis di pihak pendakwaan dan ia situasi yang janggal,” tegas Sithambaram.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan, Najib itu didapati bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan dana daripada SCR International Sdn. Bhd.

Kesemua pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali pagi ini.

Mahkamah mendapati pihak pembelaan Najib gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam tuduhan pecah amanah.

Sebaliknya pihak pendakwaan telah berjaya menunjukkan melangkaui keraguan munasabah bahawa Najib telah menggunakan wang sebanyak RM42 juta untuk kegunaan peribadi seperti pembayaran kad kredit dan percutian.

BACA > Najib bersalah 7 tuduhan — Suara Merdeka

Mahkamah meminta peguam bela untuk membuat rayuan bagi hukuman.

Peguambela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon agar pihaknya diberikan sesalinan keputusan ringkas yang oleh Hakim Mohd. Nazlan bagi membolehkan pihaknya menyediakan rayuan. – SM

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button