Politik

Sokongan bersyarat Bersatu bermakna PM terikat – Puad Zarkashi

APABILA Bersatu menyatakan sokongannya kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah bersyarat, pada hemat Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, ia bermakna Perdana Menteri bukan sahaja tidak bebas tetapi sentiasa diugut.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, atas sebab itulah Parlimen wajar dibubarkan segera kerana syarat-syarat seperti itu, menjadikan politik di negara ini tidak stabil.

Puad dalam satu kenyataannya hari ini berkata, Perdana Menteri akan terganggu dengan ugutan dan kata dua seperti itu.

“Itulah sukarnya apabila wujud kerajaan majoriti lemah. Timbul banyak gangguan dan tuntutan tidak munasabah termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri,” kata Puad dalam kenyataan yang sama.

Puad menjawab kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan semalam bahawa sokongan parti itu kepada Ismail Sabri adalah bersyarat, di sebalik pertelingkahan dengan UMNO berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Untuk rekod seperti mana dilaporkan oleh FMT, Wan Saiful mengingatkan bahawa “Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri hari ini bukan dicalonkan UMNO”.

Puad menyanggah tujuan syarat-syarat yang disebut Wan Saiful bukan untuk rakyat tetapi kelangsungan politik Bersatu dan presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Puad berkata, Wan Saiful mendakwa Muhyiddin adalah Perdana Menteri terbaik.

“Justeru saya ulangi cabaran supaya Muhyiddin jadi ‘poster boy’ Perikatan Nasional (PN) di PRN Johor sama macam Melaka,” katanya. – SM

 

 

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button