Negeri

Kena buat ujian Covid-19 sebelum masuk Kelantan

BERMULA semalam mereka yang dibenarkan masuk ke Kelantan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu membuktikan bahawa mereka negatif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin berkata, invididu yang mahu masuk ke Kelantan wajib membuat ujian saringan Covid-19.

“Mereka perlu jalani ujian saringan Covid-19 sekurang-kurangnya jenis RT – Antigen atau RT – PCR.

“Ia hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu dalam tempoh 72 jam di negeri asal sebelum memulakan perjalanan ke Kelantan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.-SM

 

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button