KebakaranNasional

Bilik hostel terbakar, pekerja kilang rentung

SEORANG wanita warga Indonesia rentung apabila bilik didiaminya di sebuah blok rumah pekerja kilang papan lapis di Jalan Kemena, Bintulu, kira-kira 200km dari sini, terbakar awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, ketika kejadian, hanya wanita berusia 24 tahun itu berada di bilik berkenaan manakala dua rakan sebiliknya sedang bekerja.

Beliau berkata, 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 2.59 pagi.

“Kebakaran hanya melibatkan sebuah bilik nombor lima (daripada tujuh pintu) dan terbakar 100%,” katanya dalam kenyataan.

Kebakaran berjaya dikawal pada 3.20 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada 5.30 pagi, tambahnya.

Mayat wanita tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. – SM

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button