Hiburan

Ayda Jebat hampir keguguran akibat tekanan

PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat mengakui dia hampir keguguran akibat tekanan kerana berita mengenai kehamilannya disebarkan tanpa izin.

Menurut Ayda atau nama sebenarnya <span;>Nur Suhada Jebat, 29<span;>, dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan.

“Saya bekerja dengan banyak jenama. Jadi saya memerlukan masa untuk mengatur semua kerja saya.

“Namun disebabkan berita yang disiarkan tanpa keizinan membuatkan semua jenama itu perlukan komitmen segera daripada saya

“Disebabkan komitmen kerja terlalu padat dalam tempoh yang singkat menyebabkan dia mengalami pendarahan,” katanya dalam satu sidang akhbar malam tadi.

Terdahulu, berita kehamilan Ayda tersebar di laman sosial tanpa kebenarannya dan suami, Nabil Mahir.

Dalam pada itu, Ayda memberitahu dia dijangka bersalin pada Oktober depan dan buat masa ini dia masih lagi merahsiakan jantina anaknya.

“Buat masa ini jantina anak kami rahsiakan dahulu. Kami akan mengadakan majlis pengumuman istimewa nanti.

“Soal alahan memang saya akui mengalaminya. Pernah suatu malam saya tiba-tiba terkaga dari tidur dan muntah atas katil. Saya juga mengalami alahan bau, tetapi bukan bau makanan cuma bau dapur dan cecair pembasmi kuman,”katanya.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -SM

(Visited 437 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button