Auto TravelNasional

Hong Leong Yamaha Motor lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung

HONG Leong Yamaha Motor (“HLYM”) hari ini melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Yamaha Balik Kampung yang ke-24 dengan kerjasama Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA). HLYM telah bekerjasama dengan Petronas Dagangan Berhad (PDB) untuk mengaktifkan kempen di stesen-stesen Petronas terpilih.

Tema kempen kali ini adalah “Pulang Selamat, Keluargamu Menanti”, selari dengan keterujaan rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut Raya tahun ini selepas hampir dua tahun tidak dapat beraya bersama akibat perintah kawalan pergerakan yang ketat kerana pendemik Covid-19.

Baca aritikel ini > Yamaha lancar model Y16ZR Edisi Terhad ‘World GP 60th Anniversary’

Kempen ini bertujuan untuk mengingatkan penunggang motosikal supaya menunggang dengan selamat di jalan raya dan menyediakan pemeriksaan keselamatan percuma untuk motosikal tanpa mengira jenis motosikal berserta rundingan kepada penunggang tentang kepentingan penyelenggaraan berkala motosikal mereka.

Sepanjang tempoh kempen selama empat hari ini, PDB akan memberikan pakej Petronas Coffee Break yang mengandungi barang-barang pilihan khas kepada semua pengunjung di stesen-stesen ini. Pengunjung juga akan menikmati pelbagai barangan daripada Hong Leong Bank (HLB), Racing Boy (RCB), Yukazan, MAXXIS dan SOS Fastlane, yang merupakan antara penaja bersama kempen tersebut.

Dah ada motosikal Yamaha? > ini pun perlu ada

Selain itu, sejumlah 300 topi keledar yang diluluskan oleh SIRIM yang ditaja oleh Aeon Credit dan KHI Helmets Industries Sdn Bhd, serta jaket keselamatan yang ditaja oleh Pacific & Orient Insurance Co. Bhd, akan diedarkan kepada pengunjung semasa tempoh kempen, maka siapa cepat dia dapat.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Yamaha Balik Kampung ke-24 akan dilancarkan di stesen Petronas di Technology Park Malaysia (TPM) dan kemudian turut diaktifkan di stesen Petronas dalam tempoh yang disenaraikan di atas untuk penunggang motosikal dari semua jenama menikmati pemeriksaan keselamatan percuma daripada pasukan Yamaha. – SM

(Visited 509 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button