MerrepakRencah Hidup

Bila Amy umum tidak lagi bersama Search

BEBERAPA hari lalu, Amy Search menggemparkan peminat Search di seluruh negara dengan pengumuman beliau tidak lagi bersama band rock termahsyur tanahair ini. Inilah ulasan Merrepak yang pertama sejak menyepi pada Oktober 2019:

  1. Gambar bersama Amy ini dirakam di rumahnya semasa saya & isteri berkunjung pada 2012. Saya hadiahkan jersi LFC kepada Amy (beli di Anfield… sori kena sebut. Hahaha) dan Amy hadiah balas dengan posternya (disimpan forever).

amy

  1. Beberapa hari lepas saya baca statement Amy bahawa beliau rasmi keluar dari Search dan walaupun sudah dua kali keluar masuk sebelum ini, nampaknya kali ini bertaraf ‘indefinitely’.
  2. Menurut Amy, usianya sudah lebih 60 tahun dengan suara tidak seperti dulu, tidak memungkinkan beliau boleh beraksi dengan Search yang kini mengguna sepenuhnya vokalis Dato Awie Wings.
  3. Sebelum ini, memang saya dan Amy ada berhubung. Tidak rapat tapi cordial. Mungkin kerana saya ketika itu wartawan dan mungkin kerana saya bukan jenis ‘kepoh nak tweet apa saja yang transpired’. Ada sekali semasa saya bertugas di Florida, Amy bercerita panjang lebar tentang isu dalaman Search. Amy lupa waktu beza 12 jam. Tak tidur saya malam itu!
  4. Mungkin Amy nak lepaskan rasa terbuku di dada. Saya elak jadi batu api ataupun pakar sakit jiwa. Saya dengar sebagai teman. Selang tak lama kemudian, krisis dalaman Search pecah di media.
  5. Tetapi bukan dari saya sebab saya jelaskan pada Amy: pertama saya bukan wartawan hiburan dan kedua, saya anggap Amy seorang idola rockstar saya sejak Form 1 dengan lagu Cinta Buatan Malaysia. Dan saya mahu kekal berdiri pada kedua-dua garis sempadan tersebut.
  6. Beberapa tahun lepas, Search buat konsert di Istana Budaya yang saya serta isteri seronok nak sertai. Memanglah rata-rata yang hadir pun mereka yang sezaman. Kikiki… Usai konsert saya beri maklum balas pada Amy, toksah buat kat Istana Budaya lagi lah disebabkan kod etikanya. Konsert rock mana leh duduk setempat! Terbantut rasa nak melompat-lompat. Hahaha …. Amy terima rungutan saya dengan baik dan tenang.
  7. Sengaja saya Merrepak hal saya dengan Amy hari ini kerana jiwa saya tersentuh juga untuk menerima hakikat bahawa era Search dengan Amy sudah berakhir. Lagu-lagu kumpulan ini akan terus malar segar tetapi tidak lagi muncul di atas pentas sebagai satu band, apatah lagi selepas pemergian abg Yazit tahun lalu.
  8. Mungkin Awie pula akan tampil dendangkan lagu-lagu power Search, meskipun Awie ada koleksi lagu power tersendiri sebagai artis solo dan vokalis Wings. Mungkin juga Amy akan muncul secara solo dengan lagu-lagu seperti Fantasia Bulan Madu.
  9. Semasa larangan bergerak COVID-19 ini, memang best bila tonton Youtube lagu-lagu Search. Saya sebagai old school, memilih lagu ‘Mentari Merah di Ufuk Timur’ sebagai lagu Search terbaik sepanjang masa dan ‘Fenomena’ sebagai lagu paling nostalgik.
  10. Saya doakan Amy Search dan keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Kita hormati keputusan beliau keluar dari Search dan kita berharap Amy tidak bersara sebelum waktunya. Peewiiiiit 😅 – SM
(Visited 642 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button