Ekonomi

Semua resolusi AGM Aneka Jaringan lulus

SEMUA resolusi mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-4 Aneka Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan) hari ini telah mendapat kelulusan dari para pemegang saham mereka.

AGM yang berlangsung secara maya itu hari diadakan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2022.

Pakar pembinaan ruang bawah tanah dan platform asas itu dalam kenyataannya berkata, pemegang saham meluluskan resolusi untuk memilih semula Datuk Noraini Abdul Rahman dan Wee Kee Hong kepada Lembaga Pengarah dan meluluskan pembayaran yuran dan faedah pengarah sehingga RM220,000.

“Resolusi lain yang diluluskan termasuk melantik semula Baker Tilly Monteiro Heng PLT sebagai juruaudit Kumpulan, serta meluluskam kuasa kepada Lembaga Pengarah untuk menetapkan imbuhannya sendiri. Pemegang saham juga membenarkan Lembaga Pengarah untuk menerbitkan saham dan meluluskan mandat baru yang dicadangkan untuk transaksi berulang bagi pihak berkaitan yang bersifat pendapatan atau perdagangan,” katanya di sini hari ini.

Pengarah Urusan Aneka Jaringan, Pang Tse Fui berkata, pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemegang saham atas sokongan dan keyakinan berterusan mereka kepada mereka ketika Kumpulan terus mencari peluang di Malaysia sambil berkembang di Indonesia.

“Kami telah memperoleh kontrak bernilai RM52 juta pada FYE2023 dan telah meningkatkan kapasiti di Indonesia ketika kami berusaha memanfaatkan keperluan infrastruktur negara termasuk ibu kota baharu Nusantara. ”

“Kumpulan menyedari risiko dan cabaran berterusan menjejaskan sektor pembinaan. “Kenaikan harga tenaga, buruh dan bahan mentah kekal menjadi perhatian dan Kumpulan telah mengambil langkah untuk mengurangkan risiko ini seperti menggantikan pekerja luar dengan pekerja asing yang baru diambil kerana kami telah diberikan kuota kerajaan sebanyak 150 pekerja. ” katanya lagi.

Aneka Jaringan mempunyai buku pesanan sebanyak RM145.73 juta setakat 31 Oktober 2022, dengan operasi Malaysia menyumbang RM138.97 juta dan operasi Indonesia menyumbang RM6.76 juta.

Setakat 31 Oktober 2022, buku tender Kumpulan berjumlah RM969.45 juta, dengan tender di Malaysia bernilai RM873.85 juta dan tender di Indonesia bernilai RM95.60 juta. -SM

(Visited 45 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button