fbpx
Teknologi

Bil elektrik turun dari RM1,000 ke RM600 guna tenaga solar

PENGGUNAAN cahaya matahari untuk menghasilkan tenaga elektrik melalui panel solar semakin menjadi trend di Malaysia.

Kawasan perumahan di bandar, masyarakatnya sudah mula memasang panel solar di atas bumbung rumah masing-masing bagi menjana elektrik.

Mereka tidak lagi bergantung pada sumbar elektrik yang dibekalkan secara grid oleh Tenaga Nasional Berhad sebaliknya tenaga elektrik dijana dari rumah sendiri melalui panel solar yang dipasang.

Pasangan suami isteri Prof. Dr Ismail Bahari dan Prof. Dr. Azizah Jaafar antara yang memanfaatkan tenaga solar sebagai sumber elektrik sejak setahun lalu.

Prof. Dr Ismail Bahari dan Prof. Dr. Azizah Jaafar

Rumah mereka yang terletak di Bandar Baru Bangi menggunakan panel solar berkuasa 10 kwh yang dipasang dan diselengara oleh syarikat Gading Kencana Sdn. Bhn.


Menurut Dr. Ismail, mereka mula memikirkan alternatif lain bagi sumber tenaga apabila bil elektrik mereka saban bulan semakin meningkat.

“Rumah kami menggunakan tenaga elektrik yang sangat banyak. Setiap bulan bil elektrik mencecah RM1,000 sebulan,” kata Dr. Ismail.

Rumah mereka yang memiliki enam buah bilik dan beberapa ruang termasuk gym memerlukan lebih  enam buah alat pendingin hawa.

Selain itu mereka juga mempunyai sungai buatan dan kolam hiasan di luar rumah dan kolam renang di dalam rumah yang menggunakan pam air yang dipasang 24 jam sehari.

“Setiap bilik ini akan menggunakan elektrik seperti penghawa dingin, peralatan dapur dan sebagainya yang banyak menggunakan elektrik. Penggunaan elektri yang terbesar adalah peralatan pam air di kolam sungai dan kolam renang yang berfungsi selama 24 jam sehari.

“Kami juga ada alat pengering kain. Mesin ini juga memerlukan elektik yang banyak. Walaupun tak kerap tetapi oleh kerana saya tahu penggunaan saya agak besar. Jadi saya kena cari alternatif sumber elektrik yang terbaik dan menjimatkan,” kata Dr. Ismail.

Pada hari-hari biasa rumah tersebut hanya didiami oleh Dr. Ismail, isteri dan anak bongsunya.

Namun penggunaan tenaga elektrik akan meningkat ketika dua orang anak serta menantu dan dua cucu mereka pulang ke rumah.

“Bila dia orang balik. Aktiviti di kolam renang dan gym penuhlah. Jadi memang menggunakan elektrik yang tinggi. Tambahan pula anak saya mempunyai anak kecil, jadi dia akan menggunakan saya punya pengering kain. Mesin ini memang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi.

“Masalah anak saya, bila di rumah dia, dia akan kata oh ayah, jangan lupa tutup elektrik, tapi bila sampai rumah saya dia akan menggunakan sepenuhnya peralatan elektrik,” kata Dr. Azizah sambil ketawa.

Sejak memasang panel solar Gading Kencana bil elektrik mereka berkurangan sehingga 40 peratus.

Jelas Dr Ismail, jika sebelum ini mereka terpaksa membayar bil hingga RM1,000 sebulan namun sejak setahun lalu selepas pemasangan panel solar, bil mereka berkurangan sehingga ke RM600 sahaja.

Menurutnya, tenaga elektrik yang dijana daripada panel solar digunakan semaksima mungkin untuk semua peralatan elektrik pada setiap hari.

“Saya berterima kasihlah kepada Gading Kencana kerana mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Mereka mempunyai pasukan yang cekap.

“Biasanya kadang-kadang kalau kita nak bina satu teknologi baru, kita sendiri tak faham, kita mengharap sangat kepada pakar.

“Dan saya punya kerja hanya satu je. Tengok bil saya melambung ke tidak. Kalau tidak saya akan merujuk kepada Gading Kencana. Ini adalah sebahagian daripada perkhidmatan yang mereka sediakan iaitu memberi nasihat bagaimana untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga elektrik daripada panel solar,” kata Dr. Ismail.

Untuk maklumat lanjut mengenai pemasangan dan penyelengaraan panel solar boleh hubungi: En. Tholhah – 0123839146 atau emel kepada [email protected]

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.
Back to top button