Hiburan

Bikin video klip dalam gereja, apa alasan Ismail Izzani?

Kalau dahulu, muzik video bukanlah sesuatu yang perlu bagi sesebuah lagu. Tetapi kini sudah berbeza.

Platform penstriman lagu di ruangan digital adalah pelbagai dan muzik video adalah perlu untuk mengiring lagu tersebut khususnya di laman YouTube.

Baru-baru ini, penyanyi, Ismail Izzani tampil dengan single terbaharu berjudul Ada Cara dan menariknya, ada sesuatu yang boleh dikatakan sensitif di dalam video tersebut.

Ini kerana, penggambaran video klip tersebut dijalankan di gereja dan sebagai seorang muslim di Malaysia, hal-hal begini memang sesuatu yang sensitif dan perlu diberi penjelasan.

Menariknya, Ismail sendiri tahu yang perkara itu akan mengundang reaksi yang pelbagai daripada peminatnya dan penonton.


“Saya sedar dan bersedia dengan sebarang komen yang akan dilemparkan berkenaan dengan video klip tersebut.

“Cuma penjelasan saya mengapa di gereja adalah bagi memudahkan penonton untuk memahami mesej yang ingin disampaikan dalam lagu tersebut,” katanya ketika selepas majlis pelancaran single dan muzik video Ada Cara yang berlangsung di GMBB Event Hall, Kuala Lumpur semalam.

Menurut Ismail, dia tidak nampak apa kesalahan dalam pemilihan gereja sebagai lokasi penggambaran video klip itu.

Jelasnya, lagu tersebut juga bercerita mengenai sepasang kekasih yang berbeza agama dan kisah lelaki yang berpegang teguh kepada agamanya.

Ditanya bagaimana perasaannya ketika melakukan penggambaran video klip tersebut, Ismail memberitahu yang dia pada mulanya memang kekok.

“Saya memang tidak pernah masuk ke dalam gereja dan perasaan itu sebenarnya sangat kekok tetapi Alhamdulillah, video klip itu berjaya diselesaikan dengan baik,” kata anak kepada penyanyi era 80-an, Datin Suliza Salam. -SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button