Luar Negara

Biden mendahuluI di Pennsylvania, Nevada dan Georgia, semakin hampir untuk singkir Trump

CALON Presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Demokrat, Joe Biden kini sedang mendahului dalam pengiraan undi di Pennsylvania, Nevada dan Georgia yang menandakan beliau semakin hampir untuk menyingkirkan Donald Trump daripada jawatan itu.

Biden yang kini mendahului Trump dengan 253 undi electoral hanya memerlukan 17 undi sahaja lagi untuk mendapatkan majoriti 270 bagi membolehkan beliau mengambil alih Rumah Putih.

Bidan yang memenangi undi popular lebih daripada empat juta pada Jumaat mendahului Trump dengan 14,500 undi di Pennsylvania. Jika ini dapat dikekalkan -dan memang dijangka begitu- negeri yang mempunyai 20 undi electoral itu akan menjadi penentu untuk mengangkat Biden ke jawatan Presiden.

Di  Philadelphia, sebahagian penyokong Biden sudah mula meraikannya di jalanan di luar pusat konvenyen di hadapan kain rentang bertulis “Rakyat Sudah Bersuara”.

Di Georgia, Biden mendahului dengan margin yang kecil di mana pengiraan semula dijangka tidak dapat dielakkan.

Di Arizona pula, Biden kekal mendahului ketika pegawai pilihan raya membuka puluhan ribu kotak undi dari Phoenix dan kawasan sekitarnya. Kelebihannya merosot sikitt, tetapi tidak sebanyak yang diharapkan oleh Republikan. Di Nevada, Biden hampir menggandakan kedudukannya pada hari Jumaat kepada sekitar 22,500 undi.

Biden sudah mulai mempersiapkan diri untuk memegang jawatan itu dengan mengadakan pertemuan dengan penasihat ekonomi dan kesihatannya untuk diberi penjelasan mengenai pandemik Covid-19 koronavirus. Dia juga meminta rakyat “sedikit kesabaran” ketika proses pengiraan undi masih lagi berlangsung.

“Demokrasi kadang kala tidak kemas. Kadang-kadang memerlukan sedikit kesabaran juga. Tetapi kesabaran itu telah dihargai selama lebih dari 240 tahun dengan sistem pemerintahan yang dicemburui  dunia, ” katanya.

Biden merancang untuk menyampikan ucap utama pada Jumaat (Sabtu waktu Malaysia) kata seorang pegawai kempennya.

 

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button