Ekonomi

Ahli Parlimen PH jangan jadi punca bantutnya pelaburan, pembangunan

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof meminta sebilangan ahli-ahli Parlimen kerajaan
yang mendesak penutupan kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng, Kuantan tidak menjadi `ejen’ yang mengekang pelaburan dan pembangunan negara.

Tegasnya, walaupun ada perbezaan pendapat dalam isu berkenaan, beliau berharap mereka menjurus kepada fakta bahawa pakar-pakar telah mengesahkan tiada bahaya besar terhadap bahan radioaktif dalam operasi Lynas.

“Memang ada keluaran radioaktif (di Lynas) tetapi ikut pendapat profesional di peringkat antarabangsa, gelombang radioaktif di situ kurang dari radioaktif yang kita import dari luar negara.

“Kerajaan telah buat keputusan untuk teruskan projek Lynas, malah dalam
manifesto (Pakatan Harapan) kita pun tak sebut kita (mahu) tutup Lynas.

“Ahli-ahli Parlimen ini membawa kaedah emosi yang membangkitkan keadaan tak selesa dalam kalangan penduduk tempatan bahawa Lynas ini bahaya.

“Saya dilaporkan ada yang beri tekanan jangan teruskan penyelidikan terhadap sisa-sisa radiokatif di situ. Kenapa kita nak kekang kaji selidik itu. Kalau orang dalam negara kita tak nak penyelidikan pembangunan sisa berkenaan tetapi ada dari luar negara yang mahu menyelidik untuk mungkin menggunakan sisa-sisa itu dengan cara menguntungkan,” kata beliau.

Mohd Redzuan ditemui pemberita selepas merasmikan Program Himpunan Usahawan Terengganu anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT) di sini hari ini.

Ditanya sama ada ahli-ahli Parlimen kerajaan yang masih mempersoalkan keputusan Kabinet meneruskan projek Lynas tersebut perlu dikenakan tindakan, kata Mohd Redzuan:

“Kita kena bawa pendekatan dengan memberi taklimat kepada mereka. Walaupun ada perbezaan, jangan menidakkan pendapat mereka.

“Kita duduk dan lihat fakta. Jangan buat keputusan terburu-buru untuk menidakkan pelaburan Lynas ini.”

Untuk rekod, syarikat nadir bumi Australia, yang permit operasinya diperbaharui selama enam bulan lagi, telah terlibat dalam kontroversi selama beberapa tahun dengan ahli-ahli alam sekitar dan ahli-ahli politik Pakatan Harapan yang menentang loji dan memaksa penutupan operasi.

Kerajaan melihat potensi pelaburan bernilai RM100 bilion dalam industri nadir bumi untuk tempoh masa 10 tahun akan datang.

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button