JenayahNasionalNegeri

Menteri Besar Perlis pula jadi sasaran “scammer”

MENTERI Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli pula jadi sasaran “scammer”.

“Scammer” telah menggunakan wajah Menteri Besar ini untuk satu iklan pelaburan patuh syariah.

Iklan ini juga menjanjikan keuntungan pelaburan hanya dalam tempoh tiga jam iaitu melabur RM300 dapat RM10,999, RM500 dapat RM15,999.

Berikutan itu Mohd Shukri yang menerima maklumat ini telah mengesahkan ia palsu dan meminta semua pihak berhati-hati dengan “scammer”.

Beliau telah memuat status di FBnya pada kira-kira 4.30 petang ini, “Hari ni saya menerima tangkapan skrin mengenai iklan pelaburan patuh syariah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan gambar saya dalam iklan mereka

“Saya mohon kepada yang nampak iklan ini, sila report/laporkan page tersebut.
Terima kasih,” katanya. – SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button