PolitikPRK

Siapa berjanji, siapa penipu?

SUARA MERDEKA: Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru supaya para pengundi Tanjung Piai supaya tidak terpedaya dengan janji pembangkang, beliau sebenarnya dalam keadaan keliru.

Sebabnya pembangkang memang tidak pernah membuat sebarang janji, Barisan Nasional sejak menjadi kerajaan dan kini pembangkang memang tidak pernah menjanjikan bulan bintang kepada rakyat.

Apatah lagi para pilihan raya kecil selaku pembangkang mereka tidak berada di posisi untuk membuat sebarang janji. Mereka hanya menyatakan pendirian mengapa calon MCA dipilih demi menepis daripada terpalit dengan politik sempit perkauman seperti yang dituduh oleh kerajaan apabila muafakat BN dan Pas dibuat.

Muafakat bersama Pas ini kononnya membahayakan negara dan pelbagai usaha dilakukan bagi memberi imej buruk dan menggagalkannya termasuk menggunakan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan untuk memberi gambaran langkah yang diambil adalajh terkebelakang dan tidak sesuai dengan era Malaysia Baharu.

Bagi Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah Pakatan Harapan (PH) yang berjanji bermacam-macam dan kini terbeban untuk menunaikannya.

Katanya, rakyat sekarang dah letih dan jelak dengan pelbagai isu semasa sejak pentadbiran PH.

“Sekarang rakyat dah letih, rakyat dah jelak dengan ekonomi yang merudum, pendapatan yang kurang, dan nampaknya harga barang tak turun-turun sebagaimana yang dijanji dan sebagaimana fitnah pilihan raya yang lepas,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama UMNO-Online, sambil menegaskan beliau segala-galanya harapan rakyat berkecai.

“Saya rasa ini peluang kita membetulkan keadaan untuk menginsafi kita sendiri dan orang ramai supaya tidak akan tertipu lagi dengan janji-janji manis yang kosong.

“Kerajaan hari ini memang bukan hanya gagal tapi patut berundur dah sebab tak boleh buat apa-apa, tak ada idea baru, tak ada rancangan baru, tak ada tindakan-tindakan baru yang boleh mengubah keadaan sebagaimana janji mereka sebelum pilihan raya. Semua cakap-cakap itu hanya bohong,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar Barisan Nasional (BN) dapat bekerjasama dengan penuh erat yang kali ini turuit disertai PAS.

“Walaupun pengundi PAS dilihat tak begitu ramai jika dilihat kepada keputusan pilihan raya yang lepas tetapi ia sudah tentu akan mengubah keadaan hari ini.

“Kalau tengok keputusan yang lepas walaupun BN sudah hilang kuasa tetapi kita adalah kumpulan yang terbesar di Parlimen cuma kita tak cukup bilangan kerana ada diantara bekas BN tidak bersama dengan kita seperti di Sabah dan Sarawak tapi tak apalah… kita akan mengumpul semula kekuatan kita ini.

“Sekarang kita nak tengok Tanjung Piai yang akan menunjuk jalan kepada rakyat bahawa Tanjung Piai akan memberi masa depan jaminan yang baik kepada rakyat Malaysia,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan penyandangnya Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meninggal dunia pada Sept lalu.

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button