Nasional

Pakai baju Melayu, bertudung nyanyi lagu raya ajak berjudi

SEBUAH iklan syarikat judi atas talian bertemakan sambutan hari raya Aidilfitri mengundang kemarahan umat Islam.

Iklan yang dihasilkan oleh syarikat judi secara dalam talian itu memaparkan sekumpulan golongan muda memakai baju Melayu, bersongkok, berbaju kurung dan bertudung mengajak umat Islam yang mahu pulang ke kampung sempena raya untuk mencuba nasib dengan berjudi bagi menambakan pendapatan.

Iklan raya berdurasi selama dua minit dalam bahasa Melayu itu telah tular di media sosial sejak semalam.

Berlatarbelakangkan kampung Melayu, lirik lagu iklan syarikat judi itu antara lain berbunyi,”Tapi mengapa kau muram sahaja, duduk termenung seorang diri, nak balik kampung duit tak ada, tapi ada cara untuk mencari, ******* ada, apa ditunggu marilah cuba, untung nasibmu engkau berjaya, cuci semua kemudian beraya. GDBet333 banyaklah uang boleh dimenangi, mari ke ******* menang banyak pasti happy.”

 

Sementara itu bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Fuziah Salleh menggesa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan yang tegas terhadap pengeluaran lagu tersebut.

“Gdbet333 mempromosikan syarikatnya sebagai satu syarikat online casino dan telah mempengaruhi umat Islam menggunakan media sosial untuk berjudi selepas berpuasa di bulan Ramadan semata mata untuk berhari raya.

“Ini amat amat bercanggah dengan kefahaman beraya yang bermaksud kembali kepada fitrah dan bersih dari dosa kerana di bulan Ramadhan juga masa untuk memperoleh maghfirah atau keampunan dari Allah.

“Iklan ******** ini boleh juga di kira sebagai menghasut umat Islam terutama anak muda untuk melakukan dosa,” kata Ahli Parlimen Kuantan tersebut.

Fuziah yang merupakan Ketua Wanita PKR menggesa menteri-menteri Parti Islam Se Malaysia (PAS) didalam kabinet dan juga menteri menteri beragama Islam untuk prihatin terhadap penyiaran iklan berkenaan.

Katanya, Kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas supaya amalan yang bertentangan dengan agama Islam ini tidak dijadikan sebagai kebiasaan dikalangan masyarakat orang Islam. -SM

 

(Visited 1,280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button