Politik

Biar pun KJ jadi Presiden, UMNO akan terus sokong Anwar sebagai Perdana Menteri

BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mahu Malaysia kembali stabil demi manfaat rakyat dan biar pun tampuk kepimpinan UMNO mungkin berubah, Kerajaan Perpaduan tidak akan tumbang.

Kata Khairy lagi, beliau antara yang tegas menolak ‘kaedah pintu belakang’ kononnya atas alasan perubahan dalam pentadbiran kerana mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menerajui Kerajaan Perpaduan.

“Terdapat kebimbangan sekiranya berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO,ia akan membawa ketidak stabilan politik yang akan membawa kepada kejatuhan Kerajaan, satu lagi Langkah Sheraton dan satu lagi Kerajaan akan masuk dan seorang Perdana Menteri baharu mengangkat sumpah.

“Loke (Anthony Loke), saya ingin menyatakan ini dengan jelas di hadapan semua orang di sini: Jika saya atau sekutu saya memenangi jawatan Presiden, memenangi kepimpinan parti saya, kami akan beri sokongan kami kepada Kerajaan Perpaduan, kepada Anwar Ibrahim, dan kepada anda,” ujarnya.

Khairy berkata demikian dalam satu forum anjuran Institut ISEAS- Yusof Ishak SIngapura yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Mengulas tentang pemilihan UMNO akan datang, Khairy beranggapan ia sangat penting kerana ia mungkin boleh membawa perubahan kepada parti keramat itu.

Terdahulu, biar pun kalah atas percaturan strategik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk jawatan kerusi Presiden UMNO, Khairy tidak mematikan cita-cita itu demi masa depan UMNO yang lebih ‘segar’. SM

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button