Politik

Tidak mahu bersama perasuah, biar mati bermaruah kata Syed Saddiq

KETUA Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menolak kerjasama dengan golongan yang tercalar dengan rasuah.

Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata, beliau juga tidak bersetuju untuk mendirikan kerajaan bersama dengan mereka.

“Ini bukan lagi soal parti atau majoriti, ini adalah soal identiti dan integriti. Biar mati bermaruah, jangan hidup dijajah,” kata Syed Saddiq.

BERITA BERKAITAN: Syed Saddiq bantah kerjasama UMNO-BERSATU?

Menurutnya, beliau faham krisis politik telah menyebabkan kestabilan negara dan perjalanan ekonomi digugat sehingga rakyat marah dan gelisah dan tertanya-tanya mengenai akhlak, maruah dan prinsip ahli politik di Malaysia.

“Saya menjadi ahli politik kerana pada masa itu, negara saya dihina, dikeji dan dimalukan dengan salah laku, rasuah di mata dunia.

“Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah negara yang lebih baik, bebas rasuah, dihormati dan bermaruah,” kata Syed Saddiq dalam video yang dikongsi di media sosialnya.

Syed Saddiq bagaimanapun tidak memberitahu siapakah golongan perasuah yang dimaksudkan oleh beliau.

Ketika ini Muafakat Nasional yang terdiri daripada gabungan kerjasama Pas, UMNO, MCA dan MIC telahpun mengisytiharkan menyokong Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

Pakatan Harapan iaitu perikatan yang pernah disertai oleh Bersatu sebelum keluar pada Isnin lalu pula telah mengumumkan menyokong Presiden PKR sebagai calon Perdana Menteri ke-8.-SM

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button