Nasional

Ruang Pameran & Aktiviti Santai Untuk Meriahkan Perhimpunan Agung UMNO 2021

Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini yang menjadi lokasi Perhimpunan Agung UMNO 2021 mula menjadi tumpuan bukan sahaja di kalangan ahli parti serta para perwakilan UMNO seluruh negara malah pelbagai lapisan masyarakat yang lain.

Bilik-bilik serta ruang kosong yang ada di bangunan yang turut menempatkan Ibu Pejabat UMNO dimeriahkan dengan bendera Sang Saka Bangsa serta ruang-ruang lain yang ada menjadi tempat kepada Wanita, Pemuda mahu pun Puteri menjalankan aktiviti masing-masing.

Di aras dua, ruang pameran korporat turut meriahkan suasana apabila beberapa agensi berkaitan kerajaan membuka ruang pameran masing-masing dalam usaha mempromosi agensi masing-masing.

Begitu juga dengan Sekretariat Penerangan Wanita UMNO yang menjadikan ruang di depan skrin layar sebagai tempat program yang diadakan saban tahun semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Manakala tempat tumpuan pemerhati iaitu skrin layar di aras dua bersebelahan restoran Riverside mula memainkan lagu-lagu UMNO serta promo berkaitan Perhimpunan Agung UMNO 2021.

Tidak ketinggalan juga di Dewan Merdeka, Dewan Tun Dr Ismail dan Dewan Tun Hussein Onn, para urus setia Ibu Pejabat UMNO memainkan peranan masing-masing dalam usaha memastikan kelancaran sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2021.

Raptai akhir untuk Majlis Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO pada malam ini turut berlangsung di Dewan Merdeka.

Selain itu juga kelihatan Skuad Sabil yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kelancaran majlis yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga Sabtu, 19 Mac ini.

Tidak terkecuali kelibat pasukan pemantau daripada Kementerian Kesihatan Malaysia mula berlegar di sekitar kompleks bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Manakala beberapa program turut memanaskan suasana hari pertama PAU 2021 termasuklah Majlis Hi-Tea Skuad Sayang selain BicaraNita anjuran Sekretariat Penerangan Wanita UMNO.

Kredit: Azman Abas, UMNO ONLINE

(Visited 415 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button