NasionalNegeri

Penjawat awam perlu pacu kecemerlangan organisasi dengan G.R.E.A.T.

PENJAWAT awam perlu mengorak langkah supaya dapat memacu kecemerlangan organisasi masing-masing dengan menampilkan “The G.R.E.A.T Civil Service” dalam perkhidmatan.

Akronim G.R.E.A.T. iaitu “Good Governance” (tadbir urus terbaik), “Responsible” (bertanggungjawab), “Empathy” (ihsan), “Accountable” (kebertanggungjawaban) dan “Tenacity of purpose” (fokus pada matlamat) telah menyatakan dengan jelas akan maksud positif yang membawa perubahan pada sesebuah organisasi sekiranya diamalkan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang baharu, Yusran Shah Mohd Yusof di Galeri Diraja, Arau.

Kecekapan penjawat awam bukan sahaja penting dalam pentadbiran sesebuah negeri atau negara, malah menjadi tulang belakang dan kayu pengukur dalam keberkesanan pengurusan terutamanya di Perlis ini.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap dan taklimat bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang baharu, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof di Galeri Diraja, Arau baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah (R504AW), Lt. Kol. Lasahi Laiji, Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Datuk Johari Mohd Darus dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi menyampaikan taklimat berkaitan fungsi organisasi, peranan dan hala tuju organisasi masing-masing.

Pemangku Raja Perlis yang juga merupakan Komander R504AW, Pengerusi YTSP Perlis dan Yang Dipertua MAIPs turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang dilantik sebagai Ahli Lembaga YTSP Perlis dan juga Ahli Majlis MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bergambar bersama Yusran Shah Mohd Yusof (kiri) dan Lasahi Laiji di Galeri Diraja, Arau.

Beliau juga bakal menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri.

Pelantikan ini adalah berasaskan kepada penjawatan dan kedudukan Yusran Shah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta mampu membantu memacu organisasi-organisasi terbabit dalam mengurus tadbir kebajikan serta pembangunan negeri ini dengan lebih mampan lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut yakin bahawa penjawat awam di Perlis telah memberikan yang terbaik dan akan terus berusaha keras dalam melunaskan tanggungjawab serta amanah yang diberikan dengan sebaiknya. – SM

BACA Penjawat awam perlu pantas buat keputusan – Pemangku Raja Perlis

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button