Hiburan

Beza 17 tahun, Intan Ladyana bergerlar isteri kepada Harris Alif

PELAKON, Intan Ladyana akhirnya sah bergelar isteri kepada penyanyi, Harris Alif dalam majlis pernikahan yang diadakan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kira-kira pukul 10.00 pagi tadi.

Majis pernikahan itu disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali.

Turut hadir ialah Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nasir Abdullah.

Dalam pada itu, Harris dalam satu sidang media maya berkata, majlis pernikahan itu terpaksa diawalkan sehari disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

“Kami ingatkan bulan Februari tu keadaan dah okey, tetapi kita memang tak boleh nak jangka apa yang akan terjadi.

“Jadi, kami memilih tarikh 5 Februari kerana tarikh berkenaan juga telah disarankan oleh pihak JAWI setelah kami bertanya kepada mereka,” katanya.

Pada majlis itu, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Manakala barangan hantaran iaitu sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki tidak dibawa bersama sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pada 5 Januari lalu, pasangan ini mengumumkan berita gembira bakal disatukan dan bernikah pada 6 Februari selepas mula menyulam cinta sejak Mac tahun lalu.

Mengikut perancangan awal, pasangan ini turut mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis yang sepatutnya dilangsungkan termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang.

Dalam pada itu, Intan pula berkata, dalam keadaan sekarang ini dia dan suami merasakan bahawa acara pernikahan harus diutamakan terlebih dahulu.

“Ketika Covid-19 ni memang sukar untuk membuat perancangan dan kami rasa biarlah kami bernikah dahulu.

“Untuk majlis resepsi pula memang ia akan tetap diadakan dan sekarang ini kami buat mana yang lebih penting,” ujarnya.

Biarpun usia 17 tahun membezakan mereka, bukan alasan atau halangan untuk mengakhiri hubungan ke jenjang pelamin. -SM

(Visited 692 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button