Nasional

Covid: Malaysia catat kes ke-80,000

KKM kesan 6 kluster baharu yang melibatkan tempat kerja

KES Covid-19 di Malaysia kini mencatatkan 80,309 jangkitan selepas 1,810 kes baharu dikesan semalam dan hari ini.

Ketika ini seramai 12,734 orang sedang dirawat dengan 123 kes di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 63 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri dr. Noor Hisham Abdullah, negeri Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu 829 kes, diikuti Sabah (532 kes) dan Kuala Lumpur (132 kes).

Katanya, sebanyak enam kematian direkodkan dengan lima kes berlaku di Sabah dan satu kes berlaku di Pulau Pinang. Mangsa melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 60 tahun hingga 78 tahun.

Ketika ini terdapat 190 kluster aktif yang sedang dipantau termasuk enam kluster baharu yang kesemuanya melibatkan tempat kerja.

Kluster Sungai Putus melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 9 Disember hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah kilang.

Sehingga hari ini sejumlah 2,001 individu telah disaring dengan 427 kes dikesan positif Covid-19 melibatkan sembilan warganegara dan 418 bukan warganegara.

Kluster Erima berlaku di daerah Gombak, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-73290) telah dilaporkan positif pada 7 Disember melalui saringan individu bergejala.

Berikutan kes tersebut, majikan telah melaksanakan saringan ke atas para pekerja dan mendapati seramai 28 lagi individu yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks dikesan positif.

Dr. Noor Hisham berkata, sehingga hari ini sejumlah 83 individu telah disaring dalam kluster tersebut dengan 29 kes telah dikesan positif Covid-19.

Kluster Tapak Bina Jalan Berangan melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, dan Kepong di Kuala Lumpur. Kes-kes awal kluster ini telah dilaporkan bermula pada 9 Disember hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak binaan.

“Sehingga hari ini sejumlah 1,246 individu telah disaring dan enam orang telah dikesan positif dalam Kluster Tapak Bina Jalan Berangan,” kata Dr. Noor Hisham.

Di Johor dilaporkan Kluster Langkasuka yang melibatkan daerah Kulai dan. Kes indeks (iaitu kes ke-71291) telah dilaporkan positif pada 5 Disember melalui saringan individu bergejala.

Katanya, Sehingga hari ini sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif dalam kluster ini.

Kluster Langkasuka melibatkan daerah Seremban, Negeri Sembilan dan daerah Petaling, Selangor.

“Kes indeks (iaitu kes ke-68884) telah dilaporkan positif pada 3 Disember melalui saringan individu bergejala Sehingga hari ini sejumlah 35 individu telah disaring dengan 11 kes telah dikesan positif Covid-19,” kata Dr. Noor Hisham.

Kluster Sungai Keluang melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan di negeri Pulau Pinang.

Kes indeks (iaitu kes ke-71197) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember melalui saringan pulang ke  negara asal. Hasil saringan kontak rapat di tempat kerja seterusnya mendapati seramai 16 kes lagi dikesan positif Covid-19. -SM

 

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button