Ekonomi

Gading Kencana menjalin kerjasama bersama usahawan MARA untuk industri Solar

SYARIKAT penyedia perkhidmatan tenaga solar, Gading Kencana Sdn Bhd menjalin kerjasama bersama 40 usahawan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam program ‘’Perniagaan Solar’’untuk memperluaskan pemasangan solar dan memberi ruang untuk mereka memiliki ladang solar.

Menurut Pengarah urusan Gading Kencana Sdn. Bhd Datuk Ir. Guntor Tobeng, program ini mendapat sambutan yang hangat dari kalangan usahawan yang merupakan kontraktor elektrik.

“Dalam program bersama 40 usahawan ini di seluruh negeri, kami latih mereka dari pemasangan sehingga ke berniaga, apabila kami dapat pelanggan untuk memasang solar ini, kami memberi peluang untuk mereka di seluruh Malaysia.

“Jika usahawan itu berada di Perak atau Terengganu kami akan hubungi mereka untuk pemasangan bergantung kepada Kawasan masing-masing.

“Masa depan usahawan ini juga sangat cerah dan kita sedang dalam proses untuk melatih mereka untuk menjual pula, untuk level ketiga pula untuk program ini tiga tahun kita berikan upah pasang, tahun ketiga pula jika melihat dari cash-flow cantik, kita nak berikan kepada usahawan ini memiliki solar farm pula.” Katanya.

Revolusi solar pada masa kini semakin mendapat sambutan yang baik dari orang ramai kerana kesedaran pengguna mengenai penjimatan dan rebat pada bil elektrik yang dilihat semakin meningkatkan.

“Semakin banyak tenaga yang dihasilkan oleh panel solar semakin sedikit tenaga yang diperlukan dari pembekal tenaga elektrik secara tidak langsung ia akan meningkatkan daya tahan penggunaan tenaga di kediaman.

“Selagi suatu tempat dapat menerima Cahaya matahari tanpa sebarang halangan seperti pokok atau apa sahaja maka tenaga solar dapat digunakan malah ia sangat praktikal untuk digunakan di mana-mana Kawasan” jelasnya.
Selain itu Gading Kenchana juga merancang untuk membina ladang solar keempatnya di Kedah dengan kapasiti 100 hingga 150 megawatt (MW) dalam tempoh dua tahun akan datang.

Sehingga kini syarikat itu memiliki ladang solar berskala besar di Ayer Keroh, Melaka serta dua lagi di Bidor, Perak.

Untuk peracagan akan datang syarikat itu juga akan mengeksport ke luar negara iaitu Indonesia dan Filipina.
Sebagai rekod, Gading Kencana kini memiliki kebolehan untuk menghasilkan 53,000 megawatt (MW) tenaga elektrik. Ia dijana melalui ladang solarnya di Bidor, Perak yang berkeluasan 40 hektar mampu menjana tenaga bagi 20,000 buah rumah.

Ladang Solar

Gading Kencana Sdn. Bhd. menjadi perintis bagi ­skim New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA) menerusi pembinaan loji jana kuasa solar baharu.

Artikle Berkaitan:>

Artikle Berkaitan :>

Gading Kencana, Affin Bank tawar pasang solar tanpa faedah

Gading Kencana rancang bina ladang solar di Kedah

Tenaga boleh baharu, tenaga solar mampu selamatkan industri perhotelan

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button