Nasional

Datuk Seri Rina Mohd. Harun positif Covid-19, hadir dua program

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun disahkan positif Covid-19 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Menteri Kemeterian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Rina telah menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam.

“Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh, Selangor pada pukul 11 pagi tadi untuk pemantauan lanjut dan mengikut semua garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Beliau juga memohon maaf jika perkara itu telah menimbulkan keslutian dan keresahan kepada semua dan memohon Allah mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, KPWKM akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan berkaitan yang lain sepanjang ketiadaan Rina.

Rina dilihat baru sahaja menyempurnakan Program Gunting Rambut Percuma Perikatan Nasional Bahagian Sepang di Balairaya Kampung Kolam Air (Asli) di Dengkil kelmarin.

Beliau turut hadir pada majlis penyampaian Barang Keperluan Asas kepada penduduk Taman Seroja, Baandar Baru Salah Tinggi pada hari sama. -SM

(Visited 1,183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button