Nasional

Unik sambutan Merdeka@Komuniti Keluarga Taman Perlis

Agak unik sambutan Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia di Taman Perlis, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan Parlimen Kangar.

Ia telah melibatkan hampir 50 wanita China yang tinggal di sekitar taman perumahan ini apabila seawal pukul 7.30 telah berkumpul di sebuah lokasi di sini.

Acara dimulakan dengan beramai-ramai menyanyikan lagu patriotik seperti Tanggal 31 Ogos, Jalur Gemilang dan Keluarga Malaysia.

Kemudian masing-masing menyegarkan badan dengan senaman Kung Fu dan Sushi Ho Karate secara beramai-ramai.

Acara kemuncak adalah demonstrasi menganyam bakul dan beg dengan mengunakan bahan terbuang iaitu paket minuman segera kopi, straw minuman, bungkusan mee segera dan juga plastik beras.

Selain itu ada yang membuat tanglung dengan menggunakan kertas majalah dan suratkhabar serta pembalut buah.

Kesemua yang menghasilkan kraf ini menceritakan telah menggunakan masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mempelajarinya di Youtube.

Tan Lee Peng, 65 pesara guru ini merasa seronok dengan hobinya menghasilkan beg tangan, beg “lunch box” berasaskan paket kopi segera dari pelbagai jenama.

“Saya kumpul sedikit demi sedikit dan ada juga diberi oleh kawan-kawan,” katanya.

 

 

Katanya, untuk menghasilkan sebuah beg itu mengambil masa sehingga dua bulan.

Beliau berkata, proses agak lambat kerana semua paket tersebut kena dibersihkan dahulu, dilipat memanjang sebelum dianyam.

Chan Choy Hai , 63 pula mengguna straw minuman untuk dibuat beg.

Selain itu, guru tadika ini juga menggunakan kertas majalah dan suratkhabar untuk membuat bakul.

Beliau juga menggunakan pembalut buah dan juga paket minuman pra campur untuk membuat tanglung.

Tanglung ini diperbuat dalam pelbagai bentuk seperi watak kartun Angry Bird dan juga binatang.

Kesemua mereka tidak menjual sebaliknya dijadikan sabagai hadiah untuk sahabat handai dan anak murid. – SM

(Visited 464 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button