Nasional

Pergaduhan di luar pusat hiburan, 17 individu ditahan

Polis menahan 17 lelaki yang didakwa terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Bandar Utama Batu 6 di Sandakan, Sabah, Sabtu lalu.

Lelaki berusia 19 hingga 40 tahun itu ditahan semalam selepas video kejadian tular di media sosial, lapor Sinar Harian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Mohd Hamizi Halim berkata pergaduhan itu berlaku kira-kira jam 11.30 malam dan kesemua 17 individu suspek direman bagi membantu siasatan.

“Punca pergaduhan itu sedang disiasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button