Rencah Hidup

Bertarung nyawa demi sesuap nasi

Bukan senang nak cari makan ada berbagai cara bergantung kepada kerajinan semangat usaha dan sebagainya.

Haidir seorang petani dan penebang berkata, kerja kerja menebang pokok-pokok tinggi sememang nya berisiko ibaratnya bergadai nyawa.

“Sebelum memulakkan kita kena lihat berapa faktor seperti cuaca, angin, masa tidak gopoh masa tenang dan keselamatan,” katanya.

Orang kampung, katanya, biasa panggil menebang pokok nyior mempelam kekabu di sekeliling rumah.

Pokok-pokok ini biasa jangka hayat 30 tahun ke atas dan orang takut pokok tumbang menimpa rumah, khususnya ketika musim angin kencang.

Kerja-kerja yang dilakukan, katanya, sama ada menebang atau memangkas dahan supaya tidak membahayakan orang ramai.

Menurut beliau, ketika berada di atas pokok yang tingginya lebih 10 kaki, perlu ada semangat dan keberaniaan, selain tawakal kepada yang maha kuasa.

Selain mengusahakan bendang, beliau telah melakukan kerja penebangan sejak 10 tahun lalu bagi menyara keluarga dan membiayai anak yang belajar di universiti sehingga tamat.

“Permintaan banyak, sehingga saya tidak cukup tangan, kerana tidak ramai yang berani buat kerja sebegini, tetapi saya laksanakan satu persatu,” katanya.

Teks dan foto/video: Malek Aslie

(Visited 362 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button