Nasional

Bersih atau tukar pusat kuarantin di Sabah, Najib

DATUK Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran portal propembangkang Malaysiakini dan pemimpin DAP apabila beliau menegur premis yang bakal dijadikan pusat kuarantin di Sabah tidak mengikut piawaian kesihatan.

Ia berpunca apabila Najib berkongsi video yang menunjukkan keadaan pusat kuarantin COVID-19 yang kurang elok di Sabah.

Walaupun Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Frankie Poon mengakui kemudahan asas dan tahap kebersihan di beberapa pusat kuarantin di negeri itu tidak mencapai piawai, tetapi beliau menyalahkan kerajaan persekutuan.

Selepas itu, Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Chan Foong Hin pun turut mengeluarkan kenyataan untuk mengecam Najib bahawa pusat kuarantin ini dipilih oleh kerajaan Pusat dan bukan kerajaan Sabah.

“Dan MalaysiaKini pun amat bersemangat untuk menolong DAP mengecam saya dengan menggunakan headline kononnya saya telah “menembak kaki sendiri.”

“Ok.. Chan Foong Hin dan MalaysiaKini. Baca perlahan-lahan apa yang saya tulis.

“Saya tulis ” pusat kuarantin yang disediakan kerajaan di Sabah”.

“Saya TAK tulis ” pusat kuarantin yang disediakan oleh kerajaan Sabah”. Ada nampak apa perbezaannya tak?” kata Najib

Najib berharap semua pihak faham apa yang beliau cakap sebelum berebut-rebut untuk cuba mengenakannya.

“Adakah saya atau rakyat tak boleh menimbulkan isu bahawa tempat yang akan digunakan untuk kuarantin 14 hari bagi rakyat tak cukup baik dan perlu diperbetulkan?

“Yang paling pelik ialah EXCO Sabah dah lama sedar bahawa keadaan dan kebersihan pusat kuarantin itu tak mencapai piawai tetapi tidak pula menawarkan tempat alternatif ataupun suruh bilik-bilik itu dibersihkan?

“Kalau dah tahu tempat itu tak cukup elok, kenapa terus nak guna?

“Ini seperti kamu sudah tahu Mat John tak ada kelayakan tetapi masih tegas untuk melantiknya menjadi menteri pertahanan.

“Ataupun dah tahu Guan Eng sendiri pernah mengaku akauntan gagal tetapi tegas untuk melantiknya sebagai Menteri Kewangan,” kata Najib.

“Ini dipanggil: tak ada pasal, sendiri cari pasal.

“Sekarang, apa yang patut dilakukan? Bersihkan atau gantikanlah bilik-bilik kuarantin yang tak capai piawai .

“Bukan sekadar cuba menembak saya tapi tak buat apa-apa untuk perbaiki keadaan dalam masa krisis Covid ini,” kata Najib.

Posting Chan Foong Hin tentang isu ini:
https://www.facebook.com/ChanFoongHin/posts/2905804486174603

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button