Politik

ADUN Teratai keluar dari DAP, jadi wakil rakyat bebas

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Lai Wai Chong telah memutuskan untuk mengundurkan diri dari menjadi ahli DAP demi melindungi imej parti itu.

Katanya, bagaimanapun beliau akan terus berkhidmat di kawasan pilihan rayanya sebagai ADUN bebas dan tetap mesra DAP dan mesra PH.

“Saya tidak mahu parti tercinta diserang atau terjejas kerana masalah peribadi saya, oleh itu, saya telah memutuskan untuk berhenti.

“Saya akan kekal mendiamkan diri mengenai serangan dan tuduhan peribadi dari beberapa akaun media sosial palsu untuk melindungi perasaan isteri, anak-anak dan ahli keluarga saya.

“Pada mulanya saya pikir dengan mengundurkan diri dari semua jawatan parti, saya dapat menghentikan masalah ini. Namun, ia tidak berjaya dan melibatkan parti saya,” katanya.

Wai Chong telah dituduh terlibat dalam skandal membabitkan wanita lain dan telah meletak jawatan sebagai Setiausaha DAP Selangor minggu lalu.

Beliau meminta maaf kerana merosakkan reputasi parti.

Dia mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dan ahli DAP atas sokongan mereka sejak dia menyertai parti itu pada tahun 2012 dan memberinya peluang untuk bertanding dalam pilihan raya negeri pada tahun 2018.

(Visited 600 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button