AgamaNasionalNegeri

Perlis tetapkan kadar fitrah RM7

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan bayaran zakat fitrah bagi negeri Perlis kekal pada kadar RM7.

Kadar tersebut diperkenankan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah mendapat nasihat daripada Persidangan Mesyuarat MAIPs yang telah memperakukan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berdasarkan kepada harga beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat melancarkan kadar berkenaan di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah, Bukit Keteri.

“Selain bayaran tunai melalui Amil MAIPs, umat Islam yang ingin menunaikan zakat fitrah dengan beras, boleh mengeluarkannya sebanyak satu gantang Nabawi bagi setiap seorang yang bersamaan dengan berat 2.6 kilogram,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Turut mengiringi Tuanku Raja Muda ialah Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor menambah bahawa setiap orang Islam yang tinggal di Perlis wajib mengeluarkan fitrah seperti mana yang ditetapkan bagi dirinya, anak isteri, begitu juga tanggungan-tanggungannya.

“Umat Islam boleh mengeluarkan zakat fitrah melalui amil-amil kariah di seluruh negeri Perlis serta turut boleh menunaikannya dalam talian melalui laman portal MAIPs www.maips.gov.my.,” terang beliau. – SM

BACA TNB peruntuk zakat sebanyak RM319,464.18 kepada Perlis melalui MAIPs

BACA MAIPs saran umat Islam guna peluang penghujung tahun ini berzakat

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button