NasionalPolitik

Penamaan calon Parlimen Padang Serai, DUN Tioman pada 24 November

CALON Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke pusat penamaan calon pada hari penamaan calon, esok.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) , Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, bakal calon yang berhasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kedua-dua kerusi berkenaan boleh menyerahkan kertas penamaan calon dari pukul 9 pagi sehingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P 017 Padang Serai manakala bagi Bahagian Pilihan Raya Dewan Negeri N 42 Tioman, Pahang, ia boleh diserahkan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin, Pahang.

“Bagi melancarkan proses penamaan calon, SPR menyarankan kepada bakal calon yang ingin bertanding di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman pada PRU15 supaya mengisi borang serta membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan sebelum hari penamaan calon,” kata SPR dalam satu kenyataan, hari ini.

SPR sebelum ini menetapkan pengundian PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman ditunda kepada 7 Disember depan. – SM

 

 

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button