Politik

Bersatu tidak akan kerjasama dengan PH hadapi PRU15

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, hari ini, memberitahu Bersatu akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk memperkukuhkan PN bersama PAS, Gerakan, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah sebagai gabungan politik pelbagai kaum yang berhasrat menawarkan kepimpinan bebas rasuah, cekap dan prihatin demi kemakmuran rakyat.

Beliau yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN), berkata parti juga mengambil maklum pendirian Majlis Presiden PH yang telah membuat keputusan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Bersatu.

Parti itu telah membuat ketetapan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Selaras dengan prinsip demokrasi dan kebebasan rakyat memilih, Bersatu bersedia untuk menghadapi pertandingan pelbagai penjuru dalam PRU15 melibatkan PN, BN, PH dan parti-parti politik lain yang akan bertanding,” katanya dalam kenyataan.

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button