Nasional

Polis Tunggu Masa Untuk Panggil Siti Bainun Siasat Kematian Baby Adam!

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun akan dipanggil polis bagi membantu siasatan kertas enkuiri polis (KEP) yang dimulakan dalam kes pemergian Baby Adam.

Baby Adam atau nama sebenarnya Adam Rizqi Abdul Azim yang juga merupakan bayi sindrom down dan ketika tragedi berlaku, Baby Adam baru berusia 10 bulan.

Kes dilaporkan pada 3 Mei 2020 dan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis sudah membuka kertas enkuiri untuk menentukan sama ada wujud elemen jenayah atau sebaliknya.

@suaramerdekamy

Terlupa pulak kes dua tahun lepas dekat Rumah Bonda!

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

Setakat ini polis merakam keterangan beberapa individu dalam kes ini termasuk Siti Bainun (akan dipanggil).

Ujar Ashari, pihak polis sepatutnya merakam keterangan daripada Siti Bainun beberapa hari yang lalu namun keputusan untuk menangguhkan proses itu dibuat kerana Siti Bainun sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta.

(Visited 743 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button