Politik

Bersatu masuk MN kena ikhlas – Mohamed Khaled

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dinasihatkan bersikap ikhlas apabila menyertai gabungan UMNO dan Pas iaitu Muafakat Nasional (MN).

Hal demikian dilihat penting bagi gabungan itu dalam menentukan kestabilan politik negara sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.

Malah, penyertaan Bersatu menyertai gabungan bersama UMNO dan Pas menjadikan MN sebagai sebuah pakatan yang besar dan dominan sebagai kerajaan.

“Sesiapa yang ingin menyertai Muafakat Nasional (MN) mesti ikhlas dan faham apa tujuan MN wujud.”

Demikian kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Facebooknya hari ini.

BACA > Yang saya ingat Almarhum Sultan Kelantan, Perlis, Negeri Sembilan tak setuju pindaan 1993 – Rais – Suara Merdeka

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang mengesahkan penyertaan partinya dalam MN.

Muhyiddin menerusi siaran langsung dalam Facebooknya semalam memaklumkan penyertaan Bersatu dalam MN akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Siaran langsung ucapan beliau semalam adalah sempena persidangan Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada), Srikandi dan Bahagian Bersatu.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut memaklumkan MN merupakan wadah teras politik bagi masyarakat Melayu.

Justeru beliau juga mengingatkan Bersatu bahawa MN bukanlah tempat untuk menyelamatkan kedudukan dalam kerajaan serta kabinet.

BACA > Bersatu sertai Muafakat Nasional, teras politik nasional yang stabil – Suara Merdeka

“Seperti kata Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa, MN ialah wadah penyatuan dan perpaduan orang Melayu supaya orang Melayu menjadi teras politik nasional yang stabil.

“Jangan silap berfikir menyertai MN adalah untuk selamatkan kerusi, jawatan atau parti yang sedang berpecah dari dalam.

“Sebab itu MN ada pengerusi bersama, bukan seorang pengerusi,” jelasnya.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Mohamed Khaled mengingatkan Bersatu supaya tidak menggunakan MN bagi mendesak UMNO supaya menyertai Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, PN dan MN adalah dua medium politik yang berbeza. MN disifatkannya sebagai lebih besar berbanding PN.

“Bersatu boleh menyertai Muafakat Nasional walau bagaimanapun kemasukannya dalam MN janganlah digunakan pula untuk mendesak UMNO menyertai PN.

BACA > Muhyiddin sahkan Bersatu sertai Muafakat Nasional – Suara Merdeka

“Menjadi sebahagian dari MN sangat berbeza dengan menjadi sebahagian dari PN,” ujarnya. – SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button