NasionalPolitik

Bersatu keluar Pakatan Harapan

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas yang diadakan semalam.

“Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara,” kata Muhyiddin Yassin.-SM

 

(Visited 493 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button