Politik

Sudah sudahlah Anwar, buktikan sokongan rakyat dengan menang pilihan raya

PINTU untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri dalam masa terdekat sudah semakin tertutup.

Tidak pasti apa yang dikatakan di dalam mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Harapan tempoh hari berhubung kedudukan Tun Dr. Mahathir Mohamad, tetapi difahamkan pemimpin veteran itu telah tersinggung.

BACA:Anwar dan isteri akan mengadap Yang di-Pertuan Agong petang ini

Perkara itu tidaklah mengejutkan kerana selama ini juga tindakan pemimpin pakatan berkenaan tidak pernah senada dengan Dr. Mahathir.

Tindakan yang lebih taksub kepada parti masing-masing dan pemimpin masing-masing menyebabkan perdana menteri sukar untuk menguruskan pelbagai isu yang timbul.

BACA: Anwar bersabar menanti peralihan kuasa dari Dr M

Paling mencabar adalah isu ekonomi sehinggakan menyebabkan keadaan ekonomi negara kita semakin nazak.

Jadi jika ditakdir esok Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya kerajaan baharu dibentuk, maka Anwar dan para pengikutnya perlu akur.

Untuk merealisasikan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, adalah dengan memimpin kumpulannya dan memenangi pilihan raya yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi.

Paling terdekat adalah dengan membuktikan mereka mendapat kejayaan pada pilihan raya negeri Sarawak.

BACA:Peralihan kuasa: Terpulang kepada saya – Dr M

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button