Politik

Bekas Exco Pemuda, Ketua Pemuda UMNO Seremban sertai PN

Bekas Exco Pemuda, Fariz Hadi Raihan Husni dan Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussin mengumumkan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu dikongsikan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali Papagomo menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

“Alhamdulillah, tahniah dua sahabat seperjuangan yang juga mantan Exco Pemuda UMNO Malaysia penggal 2018, Fariz Hadi mengumumkan menyertai PN mengikut jejak langkah mantan Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali atau Bozz Jebat, malam tadi.

“Makin bertambah kuat PN dalam nak berdepan PRN enam negeri ini.

“Malah dijangkakan ramai lagi yang akan bersama memastikan gelombang kebangkitan Melayu membadai Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN),” katanya yang juga merupakan bekas Exco Pemuda UMNO.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa secara rasminya telah menjadi ahli Pas.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di Seremban.

Selain itu, Takiyuddin hari ini mengesahkan pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusuf turut menyertai parti itu.

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button