Politik
Trending

ADUN Lendu angkat sumpah Ketua Menteri Melaka

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Sulaiman Md Ali hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka.

Beliau juga merupakan Setiausaha Perhubungan UMNO Melaka.

Pelantikan Sulaiman berlangsung dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Kompleks Seri Negeri, di hadapan Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Sulaiman, 55, sebelum ini pernah menjawat jawatab Timbalan Exco Perindustrian dan Perdagangan Negeri ketika pentadbiran Datuk Seri Idris Haron pada tahun 2013 hingga 2018. – SM

(Visited 362 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button