Nasionalpilihan

PM selesai mengadap Agong, buat pengumuman pukul 12.30 tengah hari

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) warna hitam yang membawa Perdana Menteri dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara melalui Pintu Dua pada pukul 11.50 pagi.

Pertemuan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dengan Al-Sultan Abdullah berlangsung selama kira-kira sejam.

Terdahulu, Muhyiddin Yassin tiba di pintu 1 Istana Negara dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire kira-kira pukul 10.54 pagi tadi.

Dalam pada itu, satu pengumuman rasmi juga akan dibuat oleh Muhyiddin yang akan disiarkan secara langsung pada pukul 12.30 tengah hari ini. -SM

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button