MahkamahNasional

Bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen direman tiga hari

Siasatan SPRM tentang penyelewengan RM140,600

SEORANG bekas Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Ahli Parlimen direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 22 Ogos bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan wang berjumlah RM140,600.

Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Sungai Petani, Majistret Noor Fazlina Musa ke atas suspek bagi membantu menyelesaikan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Katanya, suspek dipercayai menggunakan kedudukannya bagi melakukan kegiatan berkenaan sejak Ogos 2019 hingga Januari 2020.

Suspek dikatakan menyeleweng Peruntukan Khas Jabatan Perdana Menteri bagi kawasan Parlimen.

“Suspek dipercayai menggunakan beberapa invois palsu bagi menuntut bayaran bagi kerja di kawasan Parlimen berkaitan bernilai antara RM9,500 hingga RM34,000,” katanya. – SM

 

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button