Alam SekitarNasionalNegeri

Bersama berganding bahu jaga kebersihan – Pemangku Raja Perlis

SEMUA pihak di negeri Perlis hendaklah berganding bahu dalam isu kebersihan dan tidak meletakkan tanggungjawab ini kepada kerajaan semata-mata, titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Titah Baginda, tidak ada jentera atau pentadbiran yang boleh membersihkan keadaan sekeliling setiap masa.

Baginda bertitah, usaha ini hendaklah diberi perhatian hingga ke peringkat akar umbi.

Salah seorang asnaf menerima agihan zakat daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra pada Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke-9 Bagi Tahun 2023 di Masjid Al Ikram, Kampung Sena, Arau.

“Tindakan penguatkuasaan secara tetap mestilah dilaksanakan supaya semua pihak terus cakna untuk memastikan keadaan persekitaran negeri ini sentiasa bersih dan terjaga,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke-9 Bagi Tahun 2023 di Masjid Al Ikram, Kampung Sena, Arau.

Pada program anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tersebut, Baginda berkenan menyerahkan kunci simbolik untuk sebuah Bantuan Rumah MAIPs kepada Jasmadi Othman, 43, di Kampung Sena.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyampaikan RM400 setiap seorang sebagai agihan zakat MAIPs kepada 30 asnaf fakir dan maskin dalam anak kariah masjid berkenaan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM12,000.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan zakat kepada salah seorang asnaf sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke-9 Bagi Tahun 2023 di Masjid Al Ikram, Kampung Sena, Arau.

Pada masa yang sama Pemangku Raja menyarankan supaya aktiviti gotong-royong dilaksanakan secara lebih kerap dan berterusan lagi di kawasan masing-masing baik di persekitaran rumah, taman perumahan, tadika, sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), tempat kerja, kedai makan, rumah-rumah ibadat, tempat-tempat awam, lokasi pelancongan dan sebagainya supaya rakyat setempat di negeri ini akan sentiasa menghargai dan menyayangi kebersihan kawasan milik masing-masing.

Untuk tempoh sekarang hingga hujung minggu ini ribuan pengunjung ke Langkawi untuk menghadiri Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa (LIMA) 2023 akan melalui negeri Perlis khususnya Kuala Perlis dan bermula Jumaat hingga Sabtu ini pula program Perkampungan Sunnah akan berlangsung di Masjid Alwi di Kangar.

“Adalah menjadi kewajipan untuk semua masyarakat Perlis sama-sama mengambil tanggung jawab dan inisiatif bagi memastikan premis masing-masing sentiasa kelihatan bersih, ceria dan tersusun,” titah Baginda. – SM

BACA Basmi kemiskinan secara bersepadu – Pemangku Raja Perlis

(Visited 103 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button