Mahkamah

Bersabarlah Peguamku Sayang Yang Wakili Siti Bainun, TMJ Sudah Masuk Line!

Dalam ramai-ramai peguam yang mewakili Siti Bainun, ramai juga yang The Professor minat sebenarnya.

Sampai tak tahu nak adjust yang mana satu untuk ajak berbual-bual sambil minum teh tarik atau Starbuck.

Ikutlah mana-mana pun, asalkan kena dengan tekak si mereka yang ramai-ramai dan mungkin boleh on itu.

The Professor memang jujur orangnya, suka memilih bulu, pilih kasih dan kenal mana intan, mana najwa.


Dalam kes Siti Bainun, tak tahulah di mana silapnya, ia jadi tular satu dunia boleh layan kes ini.

Mungkin silapnya di sini, Siti Bainun terlalu beriya-iya mengatakan diri tak bersalah sehinggakan:

  1. Apakah Bella pandai makan najis, muntah dan cili sendiri
  2. Apakah Bella pandai masak air dan siram ke atas tubuhnya sendiri
  3. Kenapa nak salahkan jiran tak report polis kalau dengar ada budak menangis

Semua teori ini dah serupa konspirasi illuminati gayanya, macam-macam ragam sampai nampak rumit.

Padahal tiada apa-apa pun, mengaku bersalah, kes selesai, terima hukuman dan banyak yang terpelihara.

Namun silaplah, dilantik pun sampai dikatakan ada 10 peguam melawan adik Bella OKU yang seorang.

Netizen Malaysia ini pula jangan dibuat main, kes Tangmo Nida pun boleh jadi huru-hara.

Tentera Israel pun boleh koyak, Facebook Kak Long 7-Eeleven pun sampai terus hilang.

Apa lagi permainan yang nak dipermainkan ke atas rakyat yang #kitajagakita?

Jangan begitu wahai peguamku sayang yang mewakili Siti Bainun.

Kalian begitu jelita dan memikat hati The Professor namun caramu amat bertentangan dengan padangan rakyat.

Nasiblah juga wahai peguamku sayang, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) pun sudah masuk line.

@suaramerdekamy

Habislah.. TMJ pun dah masuk line.. Daulat Tuanku!

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

Akan menghubungi menteri jelita kita, Datuk Seri Rina Harun dan tawarkan peguam baginda secara percuma.

Rakyat cuma nampak sekarang ini, peguam swasta lawan peguam kerajaan dibantu peguam anak sultan!

 

(Visited 20,791 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button