Politik

Hanya Orang Asli kaum pribumi, Melayu bukan – Kia Soong

KUALA LUMPUR – Perlembagaan Persekutuan hanya mengiktiraf Orang Asli sebagai golongan pribumi.

Menurut Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong Perlembagaan Persekutuan tidak mendefinisikan orang Melayu sebagai pribumi di Malaysia dan ia “sangat salah dan tidak betul dari segi fakta” merujuk orang Melayu sebagai Orang Asli di Semenanjung.

Portal berita FMT melaporkan, kenyataan Kia Soong itu dikeluarkan bagi mengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang didakwa membuat “tafsiran baru” dengan merujuk orang Melayu sebagai Orang Asli dalam mempertahankan kehadiran beliau pada Kongres Maruah Melayu.

“Ini ialah tafsiran baru dan satu lagi cubaan untuk menyalah tafsir Perlembagaan Persekutuan.

“Perdana menteri sepatutnya lebih berhati-hati dalam merujuk rakyat ditadbirnya di negara ini,” katanya dalam kenyataan bertajuk “Saya tidak tahu kita ada perdana menteri Orang Asli”.

Mahathir menerusi catatan blognya merujuk orang Melayu sebagai pribumi ketika mengulas kritikan terhadap Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober lalu.

“Saya sedih memikirkan di negara mereka sendiri, pribumi tidak boleh mengadakan perhimpunan mereka sendiri tanpa dituduh rasis.”

Dr. Mahathir mempertahankan Kongres Maruah Melayu dan berkata, ia adalah perkara normal bagi rakyat Malaysia mengadakan pertemuan dengan kumpulan etnik sendiri.-SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button