Nasionalpilihan

Program Halal School Attack: Kempen Halal Di Hati terima sambutan menggalakkan

PROGRAM Halal School Attack: Kempen Halal Di Hati yang telah diadakan di Maahad Tahfiz Integrasi Selangor, Alam Impian di sini, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada lebih 100 pelajar pada 23 Jun lalu.

Baba Products (M) Sdn Bhd selaku penaja program, dalam satu kenyataan berkata, program tersebut dianjurkan oleh persatuan pelajar dari Fakulti Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) iaitu Halal Industry Management Society (HIMS), Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam.

Katanya, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut termasuklah Forum Intelektual, bertajuk “Cakna Makanan: Apakah Peranan Kita?”.

Forum tersebut turut disertai oleh Pengurus Jabatan Hal Ehwal Halal Baba’s Norshalina sebagai salah seorang ahli panel forum.

Jelasnya, melalui forum berkenaan pelajar-pelajar telah memperoleh pengetahuan baharu mengenai bidang industri makanan halal.

Hadir sama, wakil mahad, Ustaz Muhd Helmi serta Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), UITM, Prof. Madya Dr. Azri Bhari yang turut merasmikan program tersebut.

Selain itu, HIMS juga telah menyediakan aktiviti menarik bagi para pelajar tingkatan tiga yang terlibat, antaranya ialah Explorace Halal.

“Aktiviti ini melibatkan semua pelajar tingkatan tiga dan diiringi oleh fasilitator yang terdiri daripada HIMS dan wakil daripada Baba’s seramai lima orang.

“Explorace ini telah diisi dengan ilmu pengetahuan am tentang halal yang juga telahpun dibincangkan semasa forum. Pelajar- pelajar kelihatan sangat teruja untuk mempraktikkan ilmu baru yang mereka telah ketahui,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada slot terakhir program, Pengerusi HIMS telah berkongsikan sedikit sebanyak maklumat mengenai Fakulti Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UITM bersama pelajar-pelajar maahad tersebut. – SM

Artikel berkaitan > Hong Leong Islamic Bank memimpin perluasan industri halal sebagai rakan utama PIHEC 2023

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button