Politik

ROS mahu UMNO adakan pemilihan parti

JABATAN Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mahu UMNO untuk mengadakan pemilihan Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT).

Ketua Pengarah ROS, Jasri Kasim hari ini menetapkan keputusan MKT UMNO pada 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah.

Ketetapan itu dibuat berikutan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun lalu.

“Oleh itu Keputusan MKT UMNO untuk menangguhkan pemilihan jawatan di semua peringkat selama 18 bulan pada 7 Julai 2021 adalah tidak sah.

“Sehubungan itu ROS mengesyorkan supaya pihak YB Datuk Seri perlu menetapkan suatu tarikh untuk mengadakan mesyuarat pemilihan MKT UMNO mengambilkira pematuhan SOP sedia ada dan dimaklumkan kepada jabatan ini dengan kadar segera,” katanya.

Jasri membalas surat daripada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Mazlan bertarikh 30 Julai lalu.

UMNO dilaporkan menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan MKT selama 18 bulan bermula 30 Jun lalu.

Ahmad Maslan dalam kenyataan media pada 29 Jun lalu dilaporkan berkata, pihaknya sudah menemui dan menulis surat kepada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM) serta Ketua Pengarah ROS berhubung perkara itu.

Katanya, surat jawapan juga sudah diperoleh daripada Ketua Pengarah KKM bertarikh 10 Mei lalu sementara Ketua Pengarah ROS dan MKN masing-masing bertarikh 2 Jun dan 11 Jun lalu.

Ahmad turut dilaporkan berkata, KKM dan MKN mencadangkan mesyuarat dan pemilihan UMNO dibuat secara dalam talian atau maya, namun jika tidak boleh dibuat secara dalam talian, maka pemilihan perlu ditangguhkan hingga ke satu tarikh dan keadaan bila pandemik COVID-19 adalah terkawal.-SM

 

(Visited 346 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button