Nasional

Hukum pengambilan vaksin Covid-19 harus dan wajib

HUKUM penggunaan vaksin Covid-19 diputuskan sebagai harus dan ianya wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Keputusan itu diambil dalam Menyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang telah bersidang pada 3 Disember lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ketetapan tersebut telah disembah maklum dan dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

“Sehubungan dengan itu saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada pihak kerajaan dalam menangani penularan pandemik Covid-19 menerusi penggunaan vaksin,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zulkifli penggunaan vaksi bagi melindungi manusia daripada jangkitan penyakit berbahaya bukan perkara asing asing dalam perspektif syariat Islam.

Kaedah pencegahan melalui vaksinasi terbukti berkesan melalui enam keputusan yang mengharuskan penggunaannya olehJawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ahama Islam Malaysia dari tahun 1986 hingga 2013.

Antaranya termasuk pelalian Rubela (1988), imunisasi Hepatitis B (1988), imunisasi campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus dan polio (1989), vaksin meningococcal meningitis (2002), vaksin human papiloma virus (2010) dan vaksin meningitis menveo (2013).

“Justeru dalam isu pengambilan vaksi Covid-19 ini ia adalah ketetapan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Ini kerana pihak kerajaan dituntut memutuskan sesuatu keputusan yang paling mendatangkan maslahah kepada keseluruhan rakyat.

“Setelah menimbangtara faktor yang pelbagai serta setelah mendapat pandangan-pandangan daripada pihak-pihak yang berkepakaran dan juga berautoriti,” kata Zulkifli.

Menurutnya, institusi fatwa dunia juga telah memfatwakan keharusan penggunaan vaksin. Antaranya institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif dan Majlis Fatwa Kerajaan Emeriah Arab Bersatu.

Malaysia dijangka akan menerima vaksin Covid-19 bermula awal Fabruari depan dengan sasaran 80 peratus rakyat akan disuntik dengan vaksin tersebut bagi mencegah penularan virus Covid-19 yang telah membunuh lebih sejuta orang di seluruh dunia.-SM

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button