BeritaPolitik

Anwar PM-8: Realiti atau Fantasi?

TERMAKBULKAH hasrat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Kelapan (PM-8)?

Atau, adakah Anwar akan terus kekal atau dikenali oleh rakyat sebagai ‘PM Tepi’?

Umum pastinya mengetahui berhubung hasrat Anwar yang begitu bercita-cita besar untuk menjawat jawatan Perdana Menteri.

Ke mana sahaja Presiden PKR itu pergi termasuk ketika wawancara dengan media antarabangsa, jawatan yang digunakan atau ditulis adalah ‘Perdana Menteri Menunggu’ ataupun ‘Prime Minister-in-waiting’.

Persoalannya berapa lama Anwar perlu tunggu?

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah beberapa kali berjanji untuk menyerahkan jawatan `PM-8’ kepada Anwar.

Terbaharu, Tun Mahathir memaklumkan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar meskipun berlaku dakwaan salah laku seks terbaru membabitkan Presiden PKR itu.

Tun Mahathir memaklumkan beliau tidak akan menyerahkan jawatan nombor satu negara itu sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan dianjur Malaysia pada November tahun depan.

Sudah berapa kali Tun Mahathir berjanji untuk menyerahkan jawatannya kepada Anwar?

Setiap kali Tun Mahathir berjanji menyerahkan jawatan itu, pasti tidak dinyatakan tarikhnya.

Kenapa Tun Mahathir berbuat demikian? Adakah Tun Mahathir sekadar membuat janji dan tidak mahu menyerahkan jawatannya kepada Anwar?

Hanya Tun Mahathir sahaja mengetahuinya.

Bagi Anwar pula, malang terus menimpa Presiden PKR berkenaan apabila beliau sekali lagi berdepan tuduhan seksual yang dibuat bekas kakitangannya, Muhammad Yusoff Rawther.

Muhammed Yusoff dalam akuan bersumpahnya bertarikh 19 November 2019 mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul, perbuatan tidak senonoh dan cadangan lucah semasa kejadian yang didakwa dilakukan oleh Anwar pada 2 Oktober 2018 di pejabatnya di Petaling Jaya.

Adakah itu antara usaha bagi menggagalkan hasrat Anwar menjadi PM-8?

Dakwaan itu kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa dan sama ada ia realiti atau fantasi, biarlah pihak berkuasa menentukannya.

Adakah hasrat Anwar menjadi PM-8 akan menjadi realiti atau hanya fantasi? Bersama-samalah kita menantikannya.

Artikel tulisan: Haslihelmy DM Zulhasli
Timbalan Presiden Majlis Pemikir Muda Melayu Kebangsaan (MPMMK)

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button