pilihanPolitik

Rakyat dan ketua parti politi perlu akur, hormat proses demokrasi – Agong

Istana Negara memaklumkan telah menerima keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang telah berlangsung pada 19 November 2022 (semalam).

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, dokumen keputusan rasmi PRU15 itu dikemukakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sr Abdul Ghani Salleh pada pukul 1.15 petang.

“Dalam dokumen itu, jelas menyatakan bahawa tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

“Menjunjung titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Istana Negara telah meminta kerjasama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memohon kepada ketua parti-parti politik dan ketua gabungan parti-parti politik yang mempunyai jumlah kerusi yang banyak untuk memaklumkan kepada pihak Istana Negara.

“Mereka perlu memaklumkan kepada pihak Istana Negara mengenai gabungan parti-parti politik yang telah dipersetujui antara parti-parti politik / gabungan parti-parti politik berkenaan bagi pembentukan kerajaan baharu pasca PRU15,” kata kenyataan itu.

Istana Negara berkata demikian dalam satu kenyataan mengulas situasi politik semasa apabila sehingga ke hari ini, Malaysia masih belum memiliki Kerajaan yang baharu.

Dalam kenyataan itu, ketua parti-parti politik dan ketua gabungan parti-parti politik turut diminta untuk memaklumkan mengenai gabungan parti-parti politik yang telah dipersetujui masing-masing serta mengemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Tujuannya adalah untuk menamakan sebagai calon Perdana Menteri Malaysia kepada Istana Negara sebelum jam 2.00 petang, pada hari Isnin, 21 November 2022.

“Selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, adalah dimaklumkan juga bahawa titah perkenan dan keputusan Seri Paduka Baginda berkenaan pembentukan kerajaan banaru
dan pelantikan Perdana Menteri menerusi proses yang telah dijelaskan adalah muktamad.

“Seri Paduka Baginda menasihati rakyat dan ketua parti-parti politik akur dan menghormati proses demokrasi serta menerima keputusan PRUIS dengan tenang serta berlapang dada demi menjaga keutuhan negara kerana negara ini umpama harta pusaka di mana para pemimpin adalah pemegang amanahnya,” katanya kenyataan itu.

Seri Paduka Baginda turut mengingatkan bahawa negara memeriukan sebuah kerajaan yang stabil, berwibawa dan berintegriti untuk menjaga kemaslahatan rakyat dan memacu agenda kesejahteraan negara.

Seri Paduka Baginda mengagjak rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses pembentukan kerajaan baharu ini dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan dan kemakmuran negara.

Baginda seterusnya turut mengajak rakyat untuk bersama mendoakan semoga Malaysia dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah. – SUARA MERDEKA

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button