Nasional

Berita warga China sembuh daripada koronavirus baik untuk Langkawi

BERITA mengenai kanak-kanak warga China sembuh selepas disahkan positif novel koronavirus (2019-nCoV) dan menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, diharap akan menyuntik keyakinan untuk pelancong kembali ke pulau percutian itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata berita itu menunjukkan pelancong dalam dan luar negara tidak lagi perlu bimbang untuk datang bercuti di pulau peranginan bebas cukai ini.

“Keadaan di Langkawi amat baik untuk aktiviti percutian, pelancong tidak perlu bimbang untuk datang kerana pulau ini selamat.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu sembuh selepas menerima rawatan di hospital itu dan telah dibenarkan pulang.

Pada 29 Jan lepas, kanak-kanak perempuan itu telah dilaporkan positif bagi jangkitan 2019-nCoV dan dirawat di wad isolasi hospital berkenaan.- BERNAMA

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button